Win
Trans
Pelajar yang berasal dari negeri Pulau Pinang telah mewujudkan permintaan pengangkutan bas ke Butterworth yang amat tinggi. Ini kerana Negeri Pulau Pinang berdekatan dengan UUM berbanding dengan negeri lain seperti Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain. Win
Trans Ekspres yang sebelum ini bernama UUM Pocket Money telah mengkaji tentang peluang perniagaan ini dan menyediakan kemudahan pengangkutan bas
untuk pelajar balik ke Butterworth.
Syarikat Win Tans ini telah menyediakan sebuah bas piagam sendiri dengan nombor pendaftaran plat
ACV 3838. Bas ini adalah berwarna kuning yang mudah dikenali oleh pelanggan seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas.
Selain itu, Syarikat Win Trans juga akan mengumpul maklumat tentang setiap pelanggan seperti nombor telefon bagi memudahkan pemandu untuk menghubungi pelanggan dan memastikan setiap pelanggan berada dalam bas pada masa yang tepat. Syarikat Win Trans juga memastikan semua penumpang dalam perjalanan yang lebih selesa, baik dan selamat.
Syarikat Win Tans telah menyediakan satu kumpulan dalam Facebook bagi memudahkan perhubungan dan pemberian informasi penting antara syarikat, pelanggan dan agen. Kebanyakan masa jadual adalah berdasarkan majoriti pelajar UUM, pelajar juga boleh membuat permintaan
melalui kumpulan ini dalam Facebook.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete