Kemudahan bus di UUM

Kemudahan bus di UUM
CuBa BaS UUM SeKaRaNg

Friday, 15 March 2013

Unic Leisure



Perjalanan jarak dekat dalam kampus untuk Unic Leisure adalah hanya beberapa lokasi yang penting sahaja.  Universiti Utara Malaysia mempunyai tapak yang luas untuk mengoperasikan system pengajiannya.  Maka pelajar tidak dapat pergi kuliah setiap hari dengan hanya berjalan kaki kerana keluasan Universiti ini adalah amat luas.  Bagi pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri akan menyenangkan mereka untuk hadir kuliah.  Oleh itu, pihak Universiti Utara Malaysia telah menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar untuk menghadiri ke kuliah, pusat sukan, Dewan Mas, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Pusat Kesihatan Universiti, EDC hotel dan Masjid Universti Utara Malaysia.




Bilangan pelajar Universiti Utara Malaysia hampir mencecah 15,000 orang pelajar.  Oleh iu, Dewan Penginapan Pelajar yang terdapat di dalam kampus tidak mampu untuk menampung bilangan tersebut.  Maka, Dewan Penginapan Pelajar Bukit Kachi dibina untuk menampung kekurangan tersebut.  Laluan yang ada di dalam kampus Universiti Utara Malaysia ini terdapat laluan A, laluan B, laluan C dan laluan D iaitu laluan yang hendak ke Dewan Penginapan Pelajar.

Perkhidmatan bas seperti ini telah memudahkan pergerakan pelajar dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya, pelajar dari DPP Bukit Kachi yang hendak mengunjungi Pusat Sukan untuk bersukan mungkin bermasalah jika tidak mempunyai kenderaan sendiri.  Malahan dengan perkhidmatan ini,  pihak Unic Leisure mempunyai perkhidmatan yang khas untuk menghantar pelajar yang ingin pergi ke Pusat Sukan.


Selain itu, bagi pelajar yang mendiami di Laluan A juga mempunyai masalah yang sama walaupun DPP tersebut berada dalam kampus.  Ini disebabkan laluan A berada di lokasi yang agak jauh dengan Pusat Sukan.  Walaupun pelajar boleh berjalan kaki untuk sampai ke Pusat Sukan, tetapi apabila sudah sampai telah kurang tenaga untuk meneruskan aktiviti bersukan.

Untuk hujung minggu iaitu hari jumaat,  pihak Unic Leisure juga menyediakan bas untuk menghantar muslimat ke Masjid Universiti Utara Malaysia untuk menjalankan sembahyang jumaat. Dengan ini pelajar muslim tidak akan mempunyai alasan dengan tidak mempunyai kenderaan untuk pergi masjid sembahyang.

Bagi hujung minggu juga, bagi pelajar yang ingin pergi perpustakaan juga boleh menggunakan bas seperti ini.  Walaupun pada hujung minggu hanya mempunyai satu pusingan untuk masa sejam, tetapi ia telah memberi bantuan yang besar kepada pelajar.    Memandangkan masa hujung minggu pihak UUM Unic Leisure juga berusaha untuk membantu pelajar supaya dapat bergerak ke satu tempat yang lain.  Maka segala inisiatif yang dijalankan adalah untuk mengurangkan beban pelajar untuk menemu antara satu sama lain bagi membuat perbincangan kumpulan.









No comments:

Post a Comment