Perkhidmatan
untuk jarak jauh yang bergerak di luar kampus adalah beroperasi di bawah
syarikat Mara Liner, Darulaman City Bus dan HBR Group of Company. Antara perhentian yang akan dilauinya ialah
dari Universiti Utara Malaysia ke Changlun, seterusnya akan bergerak ke
Perhentian Bas Jitra, diteruskan ke Pekan Rabu Alor Setar dan akan berakhir di
Shahab Perdana iaitu Perhentian Bas Alor Setar.
Antara perbezaan antara perkhidmatan
bas luar dengan Unic Leisure ialah dari segi kos. Bagi Mara Liner untuk ke Alor Setar adalah
dikenakan bayaran sebanyak RM 5.40 manakala HBR Group of Company pula hanya RM
5.00. Perbezaan sebanyak RM 0.40 adalah
dari segi perkhidmatan bas HBR Group of Company tidak mempunyai hawa
dingin. Apabila pada musim panas
kebanyakan pelajar akan memilih perkhidmatan bas Mara Liner jika banding dengan
perkhidmatan bas HBR Group of Company.
Selain
itu, lokasi untuk Unic Leisure adalah terhad.
Perkhidmatan hanya menghantar pelajar sampai Changlun. Tetapi perkhidmatan bas luar akan menghantar
pelajar sehingga ke Alor Setar. Pada
hujung minggu banyak pelajar akan mengunjugi Alor Setar untuk membeli barang
keperluan harain dan juga bersiar-siar setelah seminggu berada dalam sintok
Universiti Utara Malaysia. Walaupun
tidak sampai ke Alor Setar, sekurang-kurangnya perkhidmatan bas luar juga
sampai Jitra juga merupakan satu bandar kecil yang tengah berkembang maju. Di Jitra sekurang-kurangnya mempunyai
panggung wayang. Ini merupakan salah
satu tempat kegemaran pelajar untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka.