Kemudahan bus di UUM

Kemudahan bus di UUM
CuBa BaS UUM SeKaRaNg

Monday, 18 March 2013

Pangangkutan Jarak Jauh Ke Luar Kampus


       Perkhidmatan untuk jarak jauh yang bergerak di luar kampus adalah beroperasi di bawah syarikat Mara Liner, Darulaman City Bus dan HBR Group of Company.  Antara perhentian yang akan dilauinya ialah dari Universiti Utara Malaysia ke Changlun, seterusnya akan bergerak ke Perhentian Bas Jitra, diteruskan ke Pekan Rabu Alor Setar dan akan berakhir di Shahab Perdana iaitu Perhentian Bas Alor Setar.


            Antara perbezaan antara perkhidmatan bas luar dengan Unic Leisure ialah dari segi kos.  Bagi Mara Liner untuk ke Alor Setar adalah dikenakan bayaran sebanyak RM 5.40 manakala HBR Group of Company pula hanya RM 5.00.  Perbezaan sebanyak RM 0.40 adalah dari segi perkhidmatan bas HBR Group of Company tidak mempunyai hawa dingin.  Apabila pada musim panas kebanyakan pelajar akan memilih perkhidmatan bas Mara Liner jika banding dengan perkhidmatan bas HBR Group of Company.




Selain itu, lokasi untuk Unic Leisure adalah terhad.  Perkhidmatan hanya menghantar pelajar sampai Changlun.  Tetapi perkhidmatan bas luar akan menghantar pelajar sehingga ke Alor Setar.  Pada hujung minggu banyak pelajar akan mengunjugi Alor Setar untuk membeli barang keperluan harain dan juga bersiar-siar setelah seminggu berada dalam sintok Universiti Utara Malaysia.  Walaupun tidak sampai ke Alor Setar, sekurang-kurangnya perkhidmatan bas luar juga sampai Jitra juga merupakan satu bandar kecil yang tengah berkembang maju.  Di Jitra sekurang-kurangnya mempunyai panggung wayang.  Ini merupakan salah satu tempat kegemaran pelajar untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka.

Kemudahan Pengangkutan Ke Luar Kampus


             Jarak Dekat untuk Luar Kampus
Kompleks Changlun

      Changlun satu lokasi yang selalu dikunjungi oleh pelajar Universiti  Utara Malaysia.  Changlun merupakan bandar yang mempunyai C-Mart supermarket, KFC, Nasi Kandar Yasmeen, Restaurant MarryBrown, Kopitiam, kedai komputer dan sebagainya.  Ia adalah tempat yang mempunyai segala kemudahan yang ingin dimiliki oleh pelajar.  Oleh itu, pihak Universiti Utara Malaysia Unic Leisure menyediakan perkhidmatan bas S untuk menghantar pelajar ke Changlun.  Walaupun Mara juga menyediakan perkhidmatan untuk hantar pelajar ke Changlun tetapi ia perlu mengenakan bayaran.  Sebaliknya Unic Leisure tidak mengenakan sebarang bayaran.



C-Mart Changlun
Kopitiam Changlun

Yasmeen di Changlun

            Untuk aktiviti KLK yang diadakan oleh Pusat Sukan.  Unic Leisure juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar pelajar ke lokasi kem tersebut.  Contohnya Kelab Skuasy yang mengadakan kem di Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut sepanjang 3 hari 2 malam dan memerlukan perkhidmatan bas untuk membawa pelajar ke destinasi tersebut.  Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM2000.00.

            Selain itu, MASUM yang bakal diadakan sebanyak setahun sekali juga memerlukan perkhidmatan bas untuk menghanatar atlet unutk menyertai dalam pertandingan.  Contoh MASUM 2013 bakal diadakan di Melaka dan Universiti Utara Malaysia akan menghantar atlet untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.  Pada masa begini memerlukan perkhidmatan untuk menghantar kesemua atlet yang akan mengambil bahagian.





Friday, 15 March 2013

Masalah dan Penyelesaian

Masalah

Melalui aduan-aduan yang dibuat oleh pelajar, bas laluan A dan B menghadapi masalah dari segi jadual bas tidak konsisten. Masalah ini berlaku pada waktu sibuk iaitu jam 11.00am ke atas.


Dalam satu mesyuarat antara Majlis Pewakilan Pelajar Exco Kemudahan dan Kebajikan, Mohd Firdaus Bin Zailan dengan Pegawai UNIC, En Akram.  Melalui MPP Exco Kemudahan dan Kebajikan, Mohd Firdaus Bin Zailan dengan Pegawai UNIC, En Akram dalam perbincangan tersebut,


Bus laluan A,B,C, dan D akan mengambil pelajar di DPP seawal pukul 7.30 pagi, selang masa 20 min dan akan beroperasi sehingga petang.


Terdapat pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bas pada setiap laluan dimana bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, iaitu satu bus tambahan di setiap laluan akan beroperasi selang 30 minit. Bagi bus tambahan di laluan A dan B pula, bas tersebut akan bergerak ke laluan A dan B.



Oleh itu,inisiatif yang dilaksanakan ini, harapkan dapat mengurangkan masalah berhubungan bas dapat diatasi, dan pelajar dinasihatkan merancang jadual sebaik-baiknya.


inT Express


inT Express



Kebanyakan mahasiswa mahasiswi berasal daripada halaman rumah berbeza dan yang agak jauh dari University Utara Malaysia.  Selain daripada Win Trans,  bus ekspres I&T ini adalah untuk pelajar yang ingin balik ke Taiping dan Ipoh setiap cuti semester. 

Manakala bagi pelajar yang tinggal di sepanjang perjalanan balik ke Taiping atau Ipoh, mereka juga boleh mendapatkan ticket  di I&T.  Ini kerana pamandu bas Win Trans akan berhenti di perhentian mengikut permintaan pelanggan. 

Apabila berdekatan dengan masa cuti penggal atau akhir semester, agen-agen I&T akan membuka kaunter di DKG1 bagi memudahkan pelajar membeli tiket.
Pelajar juga boleh membeli tiket dula hala sekali bagi memudahkan pelajar balik semula ke UUM.

Kaunter tersebut juga menunjukkan  jadual masa perjalanan kepada pelajar-pelajar. Sebarang masalah atau penyataan tentang in bas servis boleh merujuk kepada agen-agen tersebut.


Win Trans


Win Trans


Pelajar yang berasal dari negeri Pulau Pinang telah mewujudkan permintaan pengangkutan bas ke Butterworth yang amat tinggi. Ini kerana Negeri Pulau Pinang berdekatan dengan UUM berbanding dengan negeri lain seperti Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain. Win Trans Ekspres yang sebelum ini bernama UUM Pocket Money telah mengkaji tentang peluang perniagaan ini dan menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk pelajar balik ke Butterworth.

Syarikat Win Tans ini telah menyediakan sebuah bas piagam sendiri dengan nombor pendaftaran plat ACV 3838. Bas ini adalah berwarna kuning yang mudah dikenali oleh pelanggan seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas. 

Selain itu, Syarikat Win Trans juga akan mengumpul maklumat tentang setiap pelanggan seperti nombor telefon bagi memudahkan pemandu untuk menghubungi pelanggan dan memastikan setiap pelanggan berada dalam bas pada masa yang tepat.  Syarikat Win Trans juga memastikan semua penumpang dalam perjalanan yang lebih selesa, baik dan selamat.

Syarikat Win Tans telah menyediakan satu kumpulan dalam Facebook bagi memudahkan perhubungan dan pemberian informasi penting antara syarikat, pelanggan dan agen. Kebanyakan masa jadual adalah berdasarkan majoriti pelajar UUM, pelajar juga boleh membuat permintaan melalui kumpulan ini dalam Facebook.



Servis Bus Yang Lain - Mara Liner


Mara Liner


Selain daripada Unic, pelajar juga boleh menaiki Bus Mara Liner untuk pergi ke Changlun, Jitra, atau Alor Setar.


Bus Mara Liner ini akan masuk ke kampus UUM dan membawa pelajar di setiap DPP selain daripada Bukit Kachi.



Bus Mara Liner juga menyediakan bus yang mewah, berhawa dingin dan selesa.

Selalunya...pada hari Khamis atau Jumaat kaadaan dalam bus akan jadi macam ini....





Bus S shuttle

Sebelum ini, pada sesi Julai 2012, palajar menghadapi masalah lewat ke kelas yang bertempat di DKG 6. Oleh itu, pihak UUM dan Unic telah menyediakan sebuah bus (S) yang khas untuk membawa palajar di perhentian bus ini.


Pada masa Bus (S) beroperasi, perhentian bus ini selalunya dipenuhi oleh pelajar. Tetapi atas sebab yang terdesak, pihak berkuasa terpaksa menghentikan operasi bus tersebut.


Berikut adalah jalan dimana Bus (S) akan masuk dari jalan utama. Kita boleh memerhati bahawa terdapat satu cerun yang amat tinggi semasa Bus tersebut turun.

Apabila pertukaran waktu kuliah, banyak pelajar akan melintas sinpang ini untuk ke DKG 5 dan 6 dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. 

Disebabkan kelajuan bus yang turun dari cerun tersebut bus perlu berhenti dengan menekan break dengan kuat, keadaan ini amat membahayakan.


Selain itu, pelajar juga akan sentiasa melintasi jalan ini dan disebabkan cerun di jalan tersebut bus perlu sentiasa berhati-hati dengan pelajar yang melintas tanpa kesedaran bus tersebut.